UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) dengan sukacitanya menjemput tuan/ puan untuk menduduki Ujian Psikometrik secara online bagi pengambilan jawatan Pegawai Ekonomi Gred E41 di Lembaga Pertubuhan Peladang. Tuan/ puan perlu menjawab ujian psikometrik mengikut pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti berikut:- Tarikh : 12 Disember 2018 (Rabu) Masa : 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam (24 JAM) Pautan : http://ipass.spa.gov.my/ ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan Kata Laluan : Nombor Kad Pengenalan Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet. Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox...